Who cast that first fateful tomato that started the La Tomatina revolution? The reality is no one knows. Maybe it was an anti-Franco rebellion, or a carnival that got out of hand. According to the most popular version of the story, during the 1945 festival of Los Gigantes (a giant paper mâché puppet parade), locals were looking to stage a brawl to get some attention. They happened upon a vegetable cart nearby and started hurling ripe tomatoes. Innocent onlookers got involved until the scene escalated into a massive melee of flying fruit. The instigators had to repay the tomato vendors, but that didn't stop the recurrence of more tomato fights—and the birth of a new tradition.
Fearful of an unruly escalation, authorities enacted, relaxed, and then reinstated a series of bans in the 1950s. In 1951, locals who defied the law were imprisoned until public outcry called for their release. The most famous effrontery to the tomato bans happened in 1957 when proponents held a mock tomato funeral complete with a coffin and procession. After 1957, the local government decided to roll with the punches, set a few rules in place, and embraced the wacky tradition.
Though the tomatoes take center stage, a week of festivities lead up to the final showdown. It's a celebration of Buñol's patron saints, the Virgin Mary and St. Louis Bertrand, with street parades, music, and fireworks in joyous Spanish fashion. To build up your strength for the impending brawl, an epic paella is served on the eve of the battle, showcasing an iconic Valencian dish of rice, seafood, saffron, and olive oil.
Today, this unfettered festival has some measure of order. Organizers have gone so far as to cultivate a special variety of unpalatable tomatoes just for the annual event. Festivities kick off around 10 a.m. when participants race to grab a ham fixed atop a greasy pole. Onlookers hose the scramblers with water while singing and dancing in the streets. When the church bell strikes noon, trucks packed with tomatoes roll into town, while chants of "To-ma-te, to-ma-te!" reach a crescendo.
Then, with the firing of a water cannon, the main event begins. That's the green light for crushing and launching tomatoes in all-out attacks against fellow participants. Long distance tomato lobbers, point-blank assassins, and medium range hook shots. Whatever your technique, by the time it's over, you will look (and feel) quite different. Nearly an hour later, tomato-soaked bombers are left to play in a sea of squishy street salsa with little left resembling a tomato to be found. A second cannon shot signals the end of the battle. | Siapakah gerangan bertanggungjawab melemparkan buah tomato pertama yang mencetuskan revolusi La Tomatina? Yang pasti, tiada siapa yang tahu. Mungkinkah ia suatu pemberontakan anti-Franco, ataupun karnival yang kehilangan kawalan. Menurut versi kisah yang termasyur, ketika sambutan perayaan Los Gigantes (perarakan boneka papier mâché gergasi) pada tahun 1945, penduduk tempatan giat mencari alasan untuk mencetuskan pergaduhan demi mendapatkan perhatian. Mereka terserempak dengan sebuah pedati sayur yang terletak berhampiran, lalu mereka pun mula melemparkan tomato ranum. Orang ramai yang tidak berkaitan secara tidak langsung menjadi terlibat, sehinggalah adegan tersebut memuncak dengan layangan liar buah-buahan yang menghuru-harakan lagi keadaan. Walaupun si batu api terpaksa membayar ganti rugi penjual tomato, namun hukuman itu gagal menghalang perulangan peristiwa pelemparan tomato itu daripada berlaku lagi, maka lahirlah sebuah tradisi yang baru. Mengkhuatiri keadaan di luar jangkaan, pihak berkuasa lantas menggubalkan, melonggarkan, dan mengembalikan suatu siri pengharaman pada zaman 1950-an. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang mencabar undang-undang tersebut dipenjarakan, sehinggalah bantahan kuat orang awam menggalakkan pembebasan mereka. Kelancangan terkemuka pengharaman tomato itu berlangsung pada tahun 1957, apabila pihak penyokong mengadakan pengebumian tomato secara olok-olok, lengkap dengan sebuah keranda dan perarakan. Selepas tahun 1957, kerajaan tempatan membuat keputusan untuk menerima hakikat menerusi penetapan beberapa peraturan, lantas memeluk tradisi aneh tersebut. Walaupun buah tomato merupakan tumpuan utama, namun perayaan dilangsungkan selama seminggu. Ia adalah satu perayaan orang-orang penaung kudus Buñol, Virgin Mary dan Santo Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik, dan bunga api yang disambut dengan meriah menurut cara orang Sepanyol. Sebagai cara untuk mengumpulkan tenaga bagi persiapan untuk kegasakan yang dijangka, satu paella yang hebat dihidangkan pada malam pertempuran, mempamerkan hidangan Valencia terkemuka termasuk beras, makanan laut, kunyit, dan minyak zaitun. Dewasa ini, perayaan yang tidak terbendung ini mempunyai beberapa peraturan. Para penganjur giat menanam pelbagai jenis tomato istimewa yang tidak enak hanya untuk tujuan menyambut acara tahunan ini. Perayaan tersebut bermula pada kira-kira pukul 10 pagi apabila para peserta berlumba untuk merebut daging ham yang diletakkan di puncak tiang yang disaluti dengan minyak. Para penonton pula menyembur air ke arah para peserta sambil menyanyi dan menari-nari di jalanan. Apabila loceng gereja berbunyi menandakan waktu tengah hari, lori yang bersarat penuh dengan tomato akan dipandu ke bandar, dengan laungan "To-ma-te, to-ma-te!" daripada khalayak ramai menjadi semakin lantang. Dengan tembakan meriam air, acara utama bermula. Ia mengisyaratkan permulaan penghancuran dan pelemparan tomato dalam serangan yang bertubi-tubi ke arah para peserta. Setiap pelempar tomato berjarak jauh, penyerang sulit, dan penyerang sederhana mencuba nasib mereka. Apa sahaja teknik anda, apabila masa sudah tamat, anda akan nampak (dan juga berasa) agak berlainan. Hampir sejam kemudian, pelempar tomato dibiarkan bermain di jalanan penuh lecak yang menyerupai lautan salsa tanpa sebiji buah pun tinggal yang menyerupai tomato. Ledakan meriam yang kedua mengisyaratkan berakhirnya pertempuran. |