Who cast that first fateful tomato that started the La Tomatina revolution? The reality is no one knows. Maybe it was an anti-Franco rebellion, or a carnival that got out of hand. According to the most popular version of the story, during the 1945 festival of Los Gigantes (a giant paper mâché puppet parade), locals were looking to stage a brawl to get some attention. They happened upon a vegetable cart nearby and started hurling ripe tomatoes. Innocent onlookers got involved until the scene escalated into a massive melee of flying fruit. The instigators had to repay the tomato vendors, but that didn't stop the recurrence of more tomato fights—and the birth of a new tradition.
Fearful of an unruly escalation, authorities enacted, relaxed, and then reinstated a series of bans in the 1950s. In 1951, locals who defied the law were imprisoned until public outcry called for their release. The most famous effrontery to the tomato bans happened in 1957 when proponents held a mock tomato funeral complete with a coffin and procession. After 1957, the local government decided to roll with the punches, set a few rules in place, and embraced the wacky tradition.
Though the tomatoes take center stage, a week of festivities lead up to the final showdown. It's a celebration of Buñol's patron saints, the Virgin Mary and St. Louis Bertrand, with street parades, music, and fireworks in joyous Spanish fashion. To build up your strength for the impending brawl, an epic paella is served on the eve of the battle, showcasing an iconic Valencian dish of rice, seafood, saffron, and olive oil.
Today, this unfettered festival has some measure of order. Organizers have gone so far as to cultivate a special variety of unpalatable tomatoes just for the annual event. Festivities kick off around 10 a.m. when participants race to grab a ham fixed atop a greasy pole. Onlookers hose the scramblers with water while singing and dancing in the streets. When the church bell strikes noon, trucks packed with tomatoes roll into town, while chants of "To-ma-te, to-ma-te!" reach a crescendo.
Then, with the firing of a water cannon, the main event begins. That's the green light for crushing and launching tomatoes in all-out attacks against fellow participants. Long distance tomato lobbers, point-blank assassins, and medium range hook shots. Whatever your technique, by the time it's over, you will look (and feel) quite different. Nearly an hour later, tomato-soaked bombers are left to play in a sea of squishy street salsa with little left resembling a tomato to be found. A second cannon shot signals the end of the battle. | Siapakah orang pertama yang membaling buah tomato itu yang telah membawa kepada tercetusnya revolusi La Tomatina? Pada hakikatnya, tiada siapa pun yang tahu. Mungkin ia adalah sebuah pemberontakan anti-Franco, atau mungkin sebuah temasya yang telah melarat hingga tak terbendung. Menurut versi termasyhur kisah tersebut, semasa pesta Los Gigantes tahun 1945, penduduk setempat telah merancang untuk mengadakan satu perkelahian bertujuan untuk menarik perhatian. Mereka kebetulan ternampak sebuah pedati sayur-sayuran, lalu mula melempar buah-buah tomato yang ranum. Orang-orang yang melihat tanpa mengetahui apa-apa turut sama terbabit hinggalah kejadian itu merebak menjadi medan pertempuran yang dahsyat dengan buah-buahan berterbangan. Mereka yang memulakan kejadian itu terpaksa membayar balik kepada peniaga-peniaga buah tomato, tapi itu tidak menghalang berulangannya banyak lagi pertempuran buah tomato – dan kelahiran sebuah tradisi baru. Lantaran bimbang akan penularan yang sukar dikawal, pihak berkuasa telah melaksanakan, mengendurkan dan kemudiannya mengenakan semula satu siri pengharaman pada tahun 1950an. Dalam tahun 1951, penduduk-penduduk setempat yang mengingkari undang-undang tersebut telah dipenjarakan hingga bantahan umum mendesak pembebasan mereka. Kelancangan yang paling masyhur terhadap pengharaman tomato terjadi pada tahun 1957 bila mana puak penyokong mengadakan satu upacara pengebumian olok-olok tomato yang lengkap dengan sebuah keranda dan perarakan. Selepas tahun 1957, pihak kerajaan tempatan telah mengambil keputusan untuk menangani perkara itu secara lebih fleksibel, meletakkan beberapa peraturan, dan menerima secara terbuka tradisi yang gila-gila itu. Walaupun buah-buah tomato mengambil pentas utama, pertempuran akhir itu didahului dengan pesta-pesta selama seminggu. Ia merupakan perayaan bagi santa-santa penaung Bunol, Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, dengan perarakan jalanan, muzik, dan bunga api dalam suasana kemeriahan ala Sepanyol. Bagi membina kekuatan dalam menghadapi pertempuran yang bakal meletus, paella yang tersohor akan dihidangkan pada malam sebelum hari pertarungan tersebut; yang mempamerkan satu hidangan ikonik Valensia, terdiri daripada nasi, makanan laut, safron dan minyak zaitun. Sekarang ini, pesta yang bebas ini menjadi lebih tersusun. Pihak penganjur telah melangkah jauh hingga ke tahap menanam sejenis pokok tomato istimewa yang tidak sedap dimakan, khusus untuk acara tahunan tersebut. Pesta-pesta bermula sekitar pukul 10 pagi dengan para peserta berlumba untuk merebut sekeping ham yang diletakkan di puncak sebatang kayu. Orang-orang yang melihat akan memancutkan air pada pemanjat-pemanjat sambil menyanyi dan menari di jalan-jalan. Apabila loceng gereja berbunyi waktu tengahari, trak-trak yang sarat dengan buah-buah tomato akan bergerak masuk ke bandar, sambil dikiran “To-ma-te, to-ma-te!” sampai ke kemuncak. Kemudian, dengan sedas tembakan meriam air, bermulalah acara utama itu. Itulah lampu hijau untuk memenyek-menyek dan membaling buah-buah tomato dalam serangan bersungguh-sungguh terhadap peserta-peserta lain. Balingan tinggi tomato jarak jauh, lontaran maut dari jarak dekat, dan lemparan lengkung julat sederhana. Tak kisahlah apa teknik anda, bila ianya berakhir, anda akan kelihatan (dan berasa) agak berbeza. Hampir sejam kemudian, pengebom-pengebom yang lencun dengan buah tomato dibiarkan untuk berseronok di dalam lautan salsa jalanan yang hancur lunyai dengan hampir tiada kelihatan sesuatu pun yang menyerupai sebiji buah tomato. Sedas tembakan meriam kedua menandakan berakhirnya perang tersebut. |